Chong Choon Cafe
Location : Jalan Abell, Kuching
Tempat kegemaran Admin untuk makan Sarapan Pagi kerana kelazatan Laksa Sarawak, Roti-Roti, Mee Goreng, Mee Jawa, Kolo Mee dan sebagainya..
Di Kedai ini, bukan sahaja terkenal dengan kelazatan makanan makanan yang dijual malah juga terkenal dengan orang yang berbilang Kaum dan Bangsa yang sanggup bersama sama berkongsi meja untuk makan dan menikmati makanan masing masing.. Keadaan sebegini susah nak dicari/dinampak di lain tempat kerana cuma Sarawak saja yang ada.
Bukan itu saja, Kedai Chong Choon Cafe ini juga mempunyai Kedai Halal dan Non Halal yang sama sama berjual disebelah antara satu sama yang lain..
Di sini, Admin selalu makan Mee Goreng Satay (Rm5.00), Laksa Special (Rm7.00), Roti Egg in Toast (Rm2.60), Kolo Mee (Rm3.00) & Teh C Peng Special.